Tuesday 22 November 2011

El-Abd Bersedia Untuk Turun Padang

Adam El-Abd kini bersedia untuk turun ke padang semula setelah menanti begitu lama untuk beraksi, apabila disenaraikan dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan Crawley Town, hari ini.

Pemain Terbaik Musim 2011/11 ini tidak beraksi sejak bulan April kerana kecederaan lutut, akan mengemudi bahagian pertahanan bersama Romain Vincelot, sekiranya beliau berjaya dalam ujian kecergasan yang akan diadakan sebelum berangkat ke Crawley.

Sementara itu Brighton akan menurunkan barisan terkuat, dengan Kazenga LuaLua akan muncul buat kali pertama sejak menjadi pemain tetap Brighton, sementara Will Hoskins akan berpasangan dengan Ashley Barnes di bahagian serangan.

Pemain utama lain seperti Will Buckley dan Matt Sparrow juga akan beraksi, termasuk juga pemain pertahanan pasukan Belia Brighton Rob Hunt, yang akan memulakan permainan di bahagian pertahanan kiri.

Barisan kemungkinan Brighton: (4-3-3) Brezovan; Sampayo, Vincelot, El-Abd, Hunt; Sparrow, Rodgers, Buckley; LuaLua, Barnes, Hoskins. Pemain simpanan: Walker (GK), Forster, Caskey, Strong, Barker, Agdestein.

No comments:

Post a Comment