Tuesday 22 November 2011

Kazenga LuaLua Sah Jadi Milik Brighton

Pasukan Brighton telah mendapatkan khidmat Kazenga LuaLua dari Newcastle United secara tetap, tanpa ada pendedahan berapakah yuran untuk perpindahan tersebut.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu menandatangani kontrak tiga tahun, sehingga Jun 2015 dan telah bersama Brighton sebagai pemain pinjaman sejak bulan Ogos 2011.

LuaLua sebelum ini telah hadir di Brighton sebagai pemain pinjaman sebanyak tiga musim dan berkata hubungannya dengan pengurusan dan lain - lain pemain Brighton menjadi kunci utama dia membuat keputusan untuk menjadi pemain tetap Brighton.

No comments:

Post a Comment