Sunday 20 November 2011

Southampton..3 Brighton..0

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh pengurus pasukan, Gus Poyet sewaktu melihat anak-anak buahnya tersungkur 0 -3 kepada Southampton di Stadium St Mary malam tadi.

Beliau membuat hanya satu perubahan pada kesebelasan utama yang menang 2 - 0 ke atas Barnsley dua minggu lalu. Marcos Painter tersenarai dalam kesebelasan utama setelah sembuh dari kecederaan dan Mauricio Taricco dialihkan ke pertahanan kanan dengan Inigo Calderon kembali ke bangku simpanan.

Matt Sparrow sekali lagi diletakkan di bangku simpanan.

Rickie Lambert menjaringkan gol buat Southampton pada minit ke-49, 55 (penalti) dan minit ke-67 (juga menerusi sepakan penalti).

Brighton kecundang kepada pendahulu Liga Kejuaraan itu dengan bantuan beberapa keputusan kontroversi oleh pengadil perlawanan di hadapan kira-kira 31,812 orang penonton. Seramai 3237 orang penyokong setia pasukan Brighton turut serta menyaksikan perlawanan ini.

Dengan kekalahan ini, Brighton turun satu tangga dalam carta liga ke tempat yang kesebelas dengan mengutip 23 mata daripada 17 perlawanan. Southampton masih di depan dengan 39 mata diikuti West Ham United (34 mata), Middlesbrough (31 mata) dan Cardiff Citu (30 mata)

Perlawanan seterusnya adalah menentang Coventry City pada hari Sabtu, 26 November 2011 di Stadium Amex.

SENARAI PEMAIN

Southampton: (4-4-2) Davis; Richardson, Fonte, Hooiveld, Fox; Chaplow, Hammond (Schneiderlin 60), Cork, Lallana (De Ridder 77); Do Prado (81 Barnard), Lambert. Pemain simpanan yang lain: Bialkowski (GK), Martin.

Albion: (4-3-3) Harper; Taricco, Dunk, Greer, Painter; Bridcutt, Navarro (Sparrow 66), Harley (Calderon 58); Noone, Mackail-Smith, Paynter (Barnes 66). Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), LuaLua.

No comments:

Post a Comment