Tuesday 22 November 2011

Kejayaan Harimau Muda, Kebanggaan Semua Rakyat Malaysia

Hampir semua akhbar tempat di Malaysia hari ini memuatkan muka hadapan mereka dengan gambar dan berita tentang kejayaan pasukan Harimau Muda merangkul pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Asia Tenggara Ke-26 di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Setelah mengharungi 'Kumpulan Maut' dalam saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, pasukan muda bimbingan Ong Kim Swee ini telah mengalahkan Myanmar di peringkat separuh akhir sebelum membaham 'Sang Garuda' Indonesia dalam perlawanan akhir.

Kejayaan mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos adalah mengulangi pencapaian tahun 1977 dan 1979 sewaktu pasukan negara dikuatkan dengan kehadiran Allahyarham Mokhtar Dahari.

Sesungguhnya kejayaan ini adakah kejayaan tersendiri Persatuan Bolasepak Malaysia. Perlu diingat, Malaysia adalah juga Johan Piala AFF. Semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan pencapaian ini kerana secara tak langsung membuktikan bahawa pasukan bolasepak harus digeruni di peringkat Asia Tenggara ini. Tenggelamnya pasukan Thailand dan Singapura tidak harus dipandang sebelah mata. Kebangkitan pasukan Timor Leste yang menyenaraikan ramai pemain muda berkelahiran Brazil harus dipandang serius oleh pengurusan FAM.

Tahniah dan syabas kepada pengurusan dan pemain bolasepak negara yang bermain cemerlang dan menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

Mujur padang tidak becak akibat hujan. Jika padang becak, aku rasa pasukan Harimau Muda akan menang mudah dalam setiap perlawanan yang diharungi.

Sukan Sea Ke-26 akan melabuhkan tirainya malam ini di Jakarta dan akan menemukan semula semua warga Asia Tenggara di Myanmar pada tahun 2013 nanti.

No comments:

Post a Comment