Monday 5 March 2012

Doncaster Rovers..1 Brighton..1

Sesungguhnya bukan mudah untuk mengharungi sesuatu perlawanan dalam Liga Kejuaraan, dan ini terbuki di Stadium Keepmoat pada hari Sabtu, 3 Mac 2012 yang lalu apabila Brighton sekadar mengutip satu mata ketika seri 1-1 menentang pasukan tuan rumah, Doncaster Rovers.

Craig Mackail-Smith memberikan gol awal buat Brighton pada minit ke-20, tetapi Doncaster yang kini menghuni tangga terbawah liga, tidak mudah mengalah dah menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi sepakan penalti El Hadji Diouf.

Brighton dilihat mudah untuk mencatat kemenangan di sini sesudah Mackail-Smith meletakkan mereka di depan pada separuh masaa pertama. Tetapi nasib tidak menyebelahi Brighton apabila pada minit ke-70, bola dikatakan terkena tangan Joe Mattock. Pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti buat Doncaster yang sekaligus dilihat merentap kemenangan buat Brighton.

Gus Poyet menamakan barisan yang sama ketika menang 3-0 mengatasi Ipswich Town
dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Amex pada hari Sabtu minggu lepas.

Adapun perubahan hanyalah di kalangan pemain simpanan apabila Craig Noone mengambil tempat Kazenga LuaLua.

Sementara itu, ketua pasukan Gordon Greer kembali ke kelab lamanya di mana beliau telah menghabiskan dua musim di situ iaitu pada tahun 2007 dan 2009. Kehadirannya disambut dengan tepukan daripada 8,964 orang peminat bolasepak yang datang menyaksikan pertarungan kedua-dua pasukan. Turut hadir adalah penyokong setia  pasukan Brighton seramai 1,105 orang.

Keputusan seri ini meletakkan Brighton di tangga ketujuh liga dengan mengumpulkan 54 mata daripada 34 perlawanan Southampton merampas kedudukan pendahulu Liga Kejuaraan nPower daripada West Ham yang kini menghuni tangga kedua. Ini diikuti pasukan Reading, Blackpool City, Middlesbrough dan Birmingham City.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Cardiff City pada hari Rabu, 7 Mac 2012 dan Portsmouth pada hari Sabtu, 10 Mac 2012. Kedua-dua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Amex.

SENARAI PEMAIN

Doncaster Rovers: (4-3-3) Carl Ikeme; Pascal Chimbonda, Shelton Martis, Habib Beye, Tommy Spurr; James Coppinger (Fabien Robert 67), brian Stock (Simon Gillett 10), Giles Barnes; El-Hadji Diouf, Habib Bagayoko, James Hayter (Kyle Bennett 75). Pemain simpanan yang lain: Sam Hird, John Oster.

Brighton: (4-3-3): Peter Brezovan; Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Alan Navarro, Liam Bridcutt, Abdul Razak (Craig Noone 61); Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 82), Will Buckley (Gai Assulin 82). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Inigo Calderon.

No comments:

Post a Comment