Thursday 8 March 2012

Jawatan Kosong - Tukang K2

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
TUKANG K2

Kelayakan

Calon Luaran

- Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan
- Mempunyai sijil kemahiran daripada IKM, ILP atau mana-mana institusi yang setaraf
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dari mana-mana institusi kemahiran
- Keutamaan pada bidang mekanikal, elektrikal, elektronik dan mekatronik

Kriteria Pemilihan
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Sedia bertukar kemana-mana lokasi di rangkaian KTMB
- Bermotivasi serta boleh bekerja dengan penyeliaan yang minima
- Bersedia dipanggil pada bila-bila masa untuk kerja-kerja kecemasan

Spesifikasi Tugas
- Memasang / menyelenggara serta menguji peralatan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik
- Menjalankan tugas-tugas ketukangan mengikut spesifikasi tugas yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing 
- Membuat laporan kepada penyelia segala kerosakan dan kemalangan yang berlaku serta merekod aktiviti penyenggaraan yang dilakukan
- Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, kelulusan beserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan bagi calon luar hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum  26 Mac 2012 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus BesarPengurusan Bakat dan Pembangunan OrganisasiIbu Pejabat Korporat KTM BerhadJalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment