Friday 9 March 2012

Sumbangan Dari Syarikat Unilever..... Thanks ALLAH

Alhamdulillah...Rezeki dari Allah buat anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Baru-baru ini Ayah Lan menerima panggilan telefon dari Syarikat Unilever untuk menerima sumbangan berbentuk "Tea Lipton 3 In 1" dan juga serbuk pencuci pakaian.

Pihak Bait Al-Amin telah menerimanya dengan penuh kesyukuran. Sekurang-kurangnya kenikmatan yang dikurniakan itu dapat dirasai bersama oleh anak-anak di sini.
 
Untuk mengambil produk tersebut di Syarikat Unilever di Batu Caves, Selangor pihak pengurusan telah meminta bantuan Rafidi dan Azwan untuk menguruskannya..
Subhanallah... punyalah banyak produk yang dibawa balik. Alhamdulillah... memandangkan jumlah sumbangan yang diterima agak banyak, Ayah Lan dan Abi telah memanjangkan rezeki yang lebih ini kepada rumah-rumah kebajikan yang berhampiran...
 
Syukur rezeki dari Allah dapat kami kongsi bersama... 
 
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment