Monday 19 March 2012

Jawatan Kosong - Pemandu Kenderaan Bermotor

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR

Kelayakan
v      Memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah;
v      Memiliki lesen memandu kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
v      Mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun;
v      Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan;
v      Berkebolehan berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu; dan
v      Bersedia untuk  bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Spesifikasi Tugas
v      Memastikan kenderaan syarikat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
v      Memandu mengikut peraturan pemanduan yang betul;
v      Memastikan cukai jalan sah laku; dan
v      Menjaga dan memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan yang bersih.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  tidak lewat daripada  20 Mac 2012 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar 
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi 
(Unit Perancangan Kakitangan) 
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad 
Jalan Sultan Hishamuddin 
50621 Kuala Lumpur 
Tel: 03-22631312 atau 03-22631433

No comments:

Post a Comment