Wednesday 21 March 2012

Gangguan Perkidmatan Tren Intercity - Sektor Selatan


21 Mac 2012 – Perkhidmatan KTM Antarabandar di Sektor Selatan mengalami gangguan ekoran daripada kegelinciran tren kargo yang berlaku di kilometer 693.75 di antara Renggam – Layang-Layang pada jam 3.40 pagi tadi. 

Sebanyak dua daripada 26 gerabak yang membawa muatan gula telah tergelincir dari landasan yang menghalang laluan bagi semua jenis perkhidmatan tren. Tren barang yang tergelincir ini adalah dalam perjalanan dari Depot Gula MSM Prai, Butterworth ke Depot Gula MSM Tampoi, Johor Bahru. 

Perkhidmatan KTM Intercity yang mengalami gangguan adalah:

1.     
Tren No. 2 – Ekspres Rakyat (Woodlands – Butterworth)Perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Kulai dan para penumpang akan meneruskan perjalanan menggunakan bas ke Sentral Kuala Lumpur
2. Tren No. 14 – Ekspres Sinaran Timur (Woodlands – Tumpat)Perkhidmatan tren dibatalkan
3.
Tren No. 19 – Malayan Tiger Train (Tumpat – JB Sentral)Perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Kluang sahaja
4.
Tren No. 25 – Ekspres Senandung Sutera (Sentral Kuala Lumpur – Woodlands)Perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Kluang dan para penumpang akan meneruskan perjalanan Sentral Kuala Lumpur menggunakan bas.
5. Tren No. 27 – Ekspres Senandung Timuran (Tumpat – Woodlands)Perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Kluang dan para penumpang akan meneruskan perjalanan ke Woodlands menggunakan bas
6.
Tren No. 61 – Shuttle (Gemas – Woodlands)Perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Kluang sahaja
7.
Tren No. 92 – Shuttle (Woodlands – Kuala Lipis)Perkhidmatan tren akan bermula di stesen Kluang

Menurut kenyataan rasmi oleh KTMB menerusi laman sesawangnya, para pelanggan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan atau menukar semula tarikh perjalanan. Kerja-kerja membaikpulih landasan sedang dijalankan dan pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke masa.

Pihak KTM Berhad juga memohon maaf di atas segala kesulitan. Untuk maklumat lanjut, kalian boleh menghubungi talian KTMB Care Line 1-300-885862.


* Aku turut berdukacita dengan apa yang berlaku. Para pekerja telah membaiki landasan dengan seikhlas yang mungkin tetapi mungkin struktur tanah yang tidak begitu mampat, telah menyebabkan berlakunya satu lagi kegelinciran.

Aku berharap mereka-mereka yang berkenaan banyak-banyak bersabar dan tidak memaksa pekerja-pekerja membaiki landasan dengan segera. Mereka pun insan biasa, penat hari semalam tak habis lagi dah datang penat baru.....

Aku juga harap tiada pihak-pihak lain terutamanya pengusaha bas yang mengambil kesempatan atas kegelinciran ini untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan bas selepas ini.

Keretapi kalau tergelincir tak ramai yang mati atau cedera; tapi jika bas mengalami kemalangan, ramai yang mati dan mengalami kecederaan parah.

Sokonglah perkhidmatan keretapi kerana dengan adanya perkhidmatan keretapi dahulu, negara ini dapat berkembang seperti hari ini. Sejarah  membuktikan bahawa perkhidmatan keretapi telah memberi banyak jasa baktinya kepada semua rakyat Malaysia.

KTMB - tiada tandingan dalam perkhidmatan rel di Malaysia.

No comments:

Post a Comment