Tuesday 20 March 2012

Jawatan Kosong - Kerani Kaunter ( ETS/ICE/Komuter)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Keretapi Tanah Melayu Berhad. 

KERANI KAUNTER
(PERKHIDMATAN ETS/ ANTARABANDAR /KOMUTER)

Kelayakan
- Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam  Matematik serta Bahasa Inggeris.
- Bermotivasi  dan  mempunyai kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik.
- Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Sedia bertugas mengikut  syif.
- Bersedia bertugas di mana-mana lokasi di dalam rangkaian perkhidmatan KTMB.

Spesifikasi Tugas
- Bertanggung jawab mengenai urusan pelanggan di kaunter tiket berkaitan pembelian dan tempahan tiket.
- Bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan.
- Mengendali akaun dan penyata penjualan tiket.
- Melayani pertanyaan pelanggan samada di kaunter tiket atau kaunter pertanyaan secara berdepan atau melalui telefon.

 Tarikh:
21 hingga 22 Mac 2012
 Lokasi:
1st Class Lounge , Aras 3, KL Sentral,
 Masa Pendaftaran:
9.00 pagi – 2.00 petang

Sila bawa bersama:
- Kad pengenalan
- Sijil-sijil asal persekolahan
- 1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil persekolahan
- Resume berserta 1 keping gambar berukuran passport yang terkini

No comments:

Post a Comment