Tuesday 20 March 2012

Blackpool City..3 Brighton..1


Akhirnya rekod tanpa kalah tahun 2012 lebur di Bloomfield Road apabila Brighton tewas 1-3 kepada pasukan tuan rumah, Blackpool City dalam perlawanan menarik pada hari Sabtu, 17 Mac 2012.

Sungguhpun mendahului pada minit ke-7 menerusi Joe Mattock, barisan pertahanan Brighton tidak mampu untuk mengekang serangan bertali arus barisan penyerang Blackpool dan terpaksa menyerah dengan tiga gol yang dijaringkan oleh Ian Evatt (minit ke-37) serta dua jaringan Kevin Phillipis (minit ke-39 dan minit ke-79).

Brighton yang berusaha untuk mencari gol terus berada dalam keadaan tertekan apabila Gonzalo Jara Reyes dibuang padang pada minit ke-57, gara-gara asakan kerasnya terhadap Keith Southern.

Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang ke atas Portsmouth pada 10 Mac 2012, dengan Vicente Rodriguez membuat menampilan bersama kesebelasan utama baut kali pertama sejak bulan Oktober 2011. Pemain tengah dari Sepanyol itu mengambil tempat will Buckley.

Sementara itu, Craig Mackail-Smith kembali mengetuai barisan serangan mengambil tempat Sam Vokes yang diletakkan sebagai simpanan.

Tiada apa yang dapat membantu Brighton dalam mempertahanan gol dari dibolosi, tambahan pula pasukan tuan rumah mendapat sokongan daripada 12,782 orang penyokong setia mereka yang juga mahukan Blackpool City beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang.

Dengan keputusan seri ini, Brighton turun ke tangga ke-7 Liga Kejuaraan dengan mengumpulkan 58 mata daripada 37 perlawanan, berkongsi kedudukan dengan pasukan Hull City dan Cardiff City. Southampton masih unggul di pesada liga dengan mengumpul 72 mata diikuti Reading (70 mata), West Ham United (67 mata), serta Birmingham City, Blackpool City dan Middlesbrough (masing-masing mengutip 59 mata)

Perlawanan seterusnya adalah menentang Derby County pada hari Selasa, 20 Mac 2012 di Stadium Amex dan menentang pasukan Nottingham Forest di City Ground, Notts pada hari Sabtu 24 Mac 2012.

SENARAI PEMAIN

Blackpool: (4-4-2) Matthew Gilks; Neal Eardley, Ian Evatt, Alex Baptiste, Stephen Crainey; Barry Ferguson, Keith Southern, Gary Taylor-Fletcher, Thomas Ince (Lomana Tresor LuaLua 70); Matt Phillips (Nouho Dicko 70), Kevin Phillips (Roman Bedner 70). Pemain simpanan yang lain: Angel Martinez, Craig Cathcart.

Brighton: (4-4-2) Peter Brezovan; Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Rodriguez Vicente (Will Buckley 72),  Craig Noone (Inigo Calderon 60); Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 75), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Kazenga LuaLua.

No comments:

Post a Comment