Monday 19 March 2012

Brighton..2 Portsmouth..0


Brighton semakin mengukuhkan peluang untuk bertanding atas tiket 'Play-Off' untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris musim depan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth di Stadium Amex malam tadi (Sabtu, 10 Mac 2012).

Gus Poyet telah membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 2-2 ketika menentang Cardiff City pada malam Rabu lepas, dengan Will Buckley, Craig Noone dan Sam Vokes semuanya kembali tersenarai untuk sepakmula. Sam Vokes yang menjaringkan gol pada lewat permainan ketika menentang Cardiff City mengambil tempat Craig Mackail-Smith yang cuma disenaraikan sebagai pemain simpanan. Sementara Buckley dan Noone menguatkan bahagian tengah mengambil tempat Gai Asulin dan Abdul Razak. Kazenga LuaLua dan Vicente Rodriguez juga tersenarai sebagai pemain simpanan.

Vicente yang masuk ke padang pada minit ke-57 menggantikan Craig Noone, telah menjaringkan kedua-dua gol buat Brighton. Gol pertama pada minit ke-75 menerusi satu sepakan percuma dari jarak 10 meter dari pintu gol Portsmouth. Manakala gol keduanya datang pada minit ke-91 apabila merembat bola dalam kawasan penalti hasil hantaran daripada Kazenga LuaLua.

Secara keseluruhan perlawanan ini hanya benar-benar menghiburkan pada separuh masa kedua di mana separuh masa pertama sekadar melihat penyerang dari kedua-dua pasukan mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol. Penonton seramai 20,772 sekurang-kurangnya pulang dengan sedikit rasa terhibur terutamanya penyokong pasukan Brighton yang menyaksikan kelab mereka buat pertama kalinya berada pada kedudukan 'play-off' sejak awal musim 2011/12 ini.

Dengan kemenangan ini, Brighton melonjakkan kedudukan mereka ke tangga kelima Liga Kejuaraan nPower dengan mengutip 58 mata daripada 36 perlawanan. Southampton terus meninggalkan pesaingnya dalam liga dengan mengekalkan kedudukan di tangga teratas setelah mengutip 69 mata daripada 36 perlawanan. Ini diikuti West ham United, Reading dan Middlesbrough. Di bawah Brighton adalah Cardiff City yang mengumpul 57 mata dan Birmingham City (56 mata).

Perlawanan seterusnya adalah menentang Blackpool City di Bloomfiled Road pada hari Sabtu, 17 Mac 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-5-1) Peter Brezovan; Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Craig Noone (Rodriguez Vicente 57), Liam Bridcutt, Alan Navarro, Will Buckley (Kazenga Lua Lua 79); Sam Vokes (Craig Mackail-Smith 69), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Inigo Calderon.

Portsmouth: (4-4-2) Jamie Ashdown; Greg Halford, Jason Pearce, Ricardo Rocha, Tal Ben Haim; Joel Ward, Marko Futacs (Chris Maguire 79), Scott Allan, George Thorne; David Norris (Dave Kitson 85), Luke Varney. Pemain simpanan yang lain: Aaron Mokoena, Kelvin Etuhu, Adam Webster.

No comments:

Post a Comment