Friday 1 November 2013

Penemuan Baru

Dalam aku menyelak dokumen-dokumen lama, aku terjumpa lagi beberapa perhentian keretapi yang pernah wujud dalam jajaran KTM.

Antaranya ialah:
a. Stn Kepong - PHT KEPONG BAHARU - STN SIMPANG BATU - PHT JALAN DUTA - PHT THE MALL - PHT PEJABAT PERDANA MENTERI - PERHENTIAN BANK - PERHENTIAN IMIGERESEN - Stn Kuala Lumpur.

b. Pht Jerek Baru - PHT JEREK LAMA - Pht Sungai Tasin

c. Pht Kampung Baru Bukit Abu juga dikenali sebagai PHT KAMPUNG SLOW PAK LONG.

Di samping itu terdapat berpuluh-puluh sisian (siding) yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
a. Sisian yang mengendalikan bijih timah di sepanjang laluan di Negeri Perak dan Selangor.
b. Sisian yang mengendalikan ladang-ladang di sepanjang laluan di bahagian selatan terutamanya selepas Seremban hingga ke Johor Bahru dan antara Gemas hingga ke Bukit Abu.
c. Sisian yang mengendalikan kayu balak di sepanjang laluan dari Mentakab hingga ke Pasir Mas dan sisian memproses kayu balak dari Gemas hingga ke Kluang.

Kawasan utara terutamanya di sekitar laluan Kedah banyak mengendalikan ladang-ladang getah tanpa ada sisian untuk bijih timah atau arang batu.

Satu penemuan yang paling aku cari selama ini adalah tentang landasan yang menghubungkan Stesen Tumpat dengan Pelabuhan Pantai Sri Tujuh. Ianya dikenali sebagai Sisian Jubakar (Jubakar Siding) atau Oriental Mining Company Siding. Terdapat peraturan yang khusus setiap kali tren yang membawa bijih besi dari Temangan untuk masuk ke sisian ini yang bermula di TT 327/10. Jarak dari Stesen Tumpat ke sisian ini adalah sejauh 1.72 batu.

5 comments:

  1. Kalau ikut trip ke Padang Besar & Butterworth hujung minggu depan (8 - 10 Nov 2013) , saya boleh tunjukkan hasil penemuan saya itu.

    ReplyDelete
  2. Alamak, yang tak dapat ikut tu, liur ajelah...?

    a. Boleh beri lebih maklumat tentang tahun dokumen lama tersebut? Sebab nampak macam nama-2 dari tahun 80-an. Simpang Batu saya rasa sama lokasi dengan Jalan Ipoh halt, Jalan Duta halt pula dulunya Maxwell halt.

    b. Jerek Lama halt tak berapa hairan sangat sebab kalau ada baru, tentu ada yang lama, kan? Hehehe.

    c. Yang ini I tak boleh tunggu bila boleh tengok list di dalam Excel format. Kalau perlukan bantuan untuk data input, sila beritahu. Kedah line also banyak siding yang menerima beras padi untuk dihantar ke gudang Brickfields.

    According to my map, selepas stesen Tumpat ada lagi satu titik, namanya Wharf saja. Mungkinkah ini siding tersebut? Wharf itu tidak mempunyai sebarang Milage Post dan Tumpat pada masa itu bermula dengan 0, seperti Perai di waktu dulu.

    ReplyDelete
  3. Kebanyakkan hasil penemuan yang baru itu diperolehi daripada dokumen tahun 1980 - 1990. Turut ditemui adalah tarikh lengkap pelancaran relbas beserta dengan jadual perjalanan dan jadual tambangnya sekali. Pada ketika dokumen dicetak, tiada terdapat sisian beras di negeri Kedah kecuali sisian beras di Teluk Anson dan Bagan Serai sahaja. Tentang titik selepas Tumpat itu, saya tak pasti sebab kena lihat dahulu map tersebut. Apapun kalau boleh hantar kepada saya senarai data input tersebut untuk dibuat perbandingan. Saya juga kini sedang mengumpul senarai lintasan rata dan jambatan. Harap dapat bantuan anda dan hantar data input itu kepada saya melalui email di zkeretapi@gmail.com.

    ReplyDelete
  4. tahniah Tuan... satu penemuan fakta yang menarik. berkenaan dengan sisian beras di Telok Anson itu, memang terdapat sebuah kilang beras yang agak besar tidak jauh dari landasan keretapi lama Teluk Anson atau dari jambatan gherotak besi kuala sungai Bidor. sayangnya kilang tersebut seperti tidak digunakan lagi. mungkin sisian itu menghala ke kilang ini. wallhualambissawab

    ReplyDelete