Sunday, 22 May 2011

Sejenak Di Kota Kinabalu

Setiba aku di Kota Kinabalu, hari dah gelap.... sepanjang perjalanan dari Puerto Princesa ke Manila dan dari Manila ke Kota Kinabalu, hujan lebat.

Menjejak kaki ke Bandaraya Kota Kinabalu dalam keadaan hujan sebelum aku mendapatkan teksi untuk ke hotel berdekatan dengan Pasar Filipina.

Selepas sholat Maghrib, aku mula mencari apa yang nak dimakan. Dari satu gerai ke satu gerai yang lain, aku mencari apa yang aku rasakan sedap untuk mengisi perut yang lapar. Akhirnya aku terjumpa sebuah gerai yang menjual mee rojak.

Mee rojak di sini dihidangkan bersama dengan semangkuk sup dan limau kasturi. Memang sedap. Cuma bentuk mee kuning di sini sama macam mee segera yang telah dicelur.

Sepinggan mee rojak harganya cuma RM 3.50 aje
Abang ni yang mengusahakan gerai menjual mee rojak.
Walaupun hujan, permintaan untuk Ais Batu Kacang sangat baik.
Tak menang tangan tuan punyai gerai ABC memenuhi order dari para pelanggan
Suasana gerai makan di Pasar Filipina yang sentiasa penuh sesak dengan pelancung dan warga tempatan
Selepas makan, aku singgah di gerai menjual makanan tradisonal ini. Kuih Cincin sememangnya menjadi kegemaran aku sejak dahulu lagi
Dah puas membeli belah berupa beberapa helai baju, makanan tradisional dan sedikit mutiara, aku pulang ke hotel penginapan dengan dengan senang hati.

Malam ni kena tidur awal sebab penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 10 pagi.

Selamat Malam KK.

No comments:

Post a Comment