Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menimbus seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa petang semalam, sedikit sebanyak menyentuh hati dan perasaan aku.
Manakan tidak kerana kehidupan anak-anak yatim dan miskin sudah sebati dalam kehidupan aku sejak aku mula mengenali Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Bait Al - Amin di Parit, Perak.
Tahulah aku bagaimana dengan keadaan mereka yang serba kekurangan walaupun mendapat bantuan kewangan dan barang-barang dari kerajaan dan orang ramai.
Takziah buat keluarga yang kehilangan anak atau saudara, Al Fatihah buat roh anak - anak yang telah pergi, berjuanglah buat semua anggota tim mencari dan menyelamat serta tak lupa bersabarlah dan banyakkan berdoa buat pengurusan dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.
No comments:
Post a Comment