Friday 30 December 2011

Dunia Ini Dipenuhi Oleh Empat Golongan

Pembahagian golongan - golongan ini sebenarnya merupakan amanat Rasulullah s.a.w. yang disampaikan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh at Tabrani dari isteri Baginda Saidatina Aishah (r.a.) di mana Baginda menegaskan yang maksudnya berbunyi begini:

"Aku bersumpah akan tiga hal; akan aku sampaikan kepada kamu tentang hal tersebut, kemudian jagalah baik - baik; tidak akan berkurang harta seseorang kerana sadaqah. Tidak ada seorangpun teraniaya tetapi sabar menerimanya (segala dugaan hidup) melainkan Allah menambah kemuliaan baginya, dan tiada seorangpun yang membuka pintu permintaan (mengemis) melainkan Allah bukakan baginya pintu kemelaratan".

Kemudian akan aku sampaikan untukmu satu berita, jagalah baik - baik, sesungguhnya isi dunia ini diperuntukkan empat golongan; Pertama: Orang yang dikurniakan Allah akan harta dan ilmu, kemudian dengannya ia bertaqwa kepada Allah dengan menyambung kasih sayang. Hal ini ia lakukan dengan kesedaran bahawa hartanya itu adalah milik Allah semata. Inilah seutama - utama tingkatan".

(bersambung)

No comments:

Post a Comment