Saturday 31 December 2011

Dunia Ini Dipenuhi Oleh Empat Golongan

"Adapun golongan kedua: Orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu tetapi tidak dikurniakan dengan harta, sedangkan ia memiliki niat jujur lantas mengatakan 'andaikata aku juga memiliki harta benda nescaya akan aku lakukan seperti yang dilakukan oleh mereka - mereka yang mempunyai harta dan ilmu'. Maka bagi orang tersebut dengan niatnya itu mendapat kebajikan yang serupa".

"Adapun golongan ketiga: Ialah orang yang dikurnia oleh Allah harta, tetapi tidak dikurniakan denngan ilmu sedangkan ia sentiasa membelanjakan hartanya tanpa perhitungan. Hartanya tidak membawa ia ke arah taqwa kepada Allah swt dan tidak juga berusaha menyambung tali kasih sayang, ia tidak sedar bahawa hartanya itu adalah milik Allah jua. Golongan ini adalah senista - nista tingkatan. Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu agama yang memimpin manusia untuk kebajikan dirinya dan orang lain. Oleh itu barang siapa yang dikurniakan harta dan juga ilmu tetapi ilmunya tidak dapat menolong ianya bertaqwa kepada Allah maka termasuk juga dalam golongan ketiga ini. Awaslah! Inilah golongan yang paling ramai sekarang".

"Adapun golongan keempat: ialah orang tidak dikurniakan Allah harta mahupun ilmu, dia hanya dapat berdoa 'andaikata aku memiliki harta dan ilmu akan aku kerjakan seperti yang dikerja oleh mereka - mereka yang mempunyai harta dan juga ilmu' maka baginya dengan niatnya itu timbangannya adalah sama'.

Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, setiap insan sebenarnya telah Allah kurniakan samada harta ataupun ilmu, tinggal lagi usaha manusia itu sendiri yang dapat menentukan dirinya sendiri untuk sama - sama bergerak dan berusaha di manakah tempat ia berlindung dalam salah satu kelompok manusia yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.s.w. itu.

Mohonlah petunjuk dan Hidayah dari Allah swt dengan hati nurani yang suci bersih, mudah - mudahan kita semua beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

(selesai)

No comments:

Post a Comment