Monday 26 December 2011

Malayan Tiger Train

Perkhidmatan terbaharu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dikenali Malayan Tiger Train (MTT) bagi laluan JB Sentral - Tumpat - JB Sentral telah dimulakan pada 16 Disember 2011 yang lalu.

Perkhidmatan laluan MTT ke Pantai Timur itu mengggunakan 14 buah koc sumbangan negara Jepun dikenali sebagai Blue Coach. Koc - koc tersebut sebelum ini digunakan oleh syarikat JR Kyushu dan IR West bagi perkhidmatan laluan Tokyo - Kumamoto.

Ianya mula digunakan sejak tahun 1970 sehinggalah perkhidmatan terakhir pada Mac 2009 dan diserahkan secara percuma kepada KTMB. Biarpun ia sudah lama digunakan, tetapi kesemua koc - koc itu masih berada dalam keadaan balk.

Dengan adanya perkhidmatan ini, kapasiti penumpang juga dijangka meningkat dengan majoritinya adalah pelancong asing.

Berikut adalah komposisi jajaran Koc Biru yang digunakan bagi perjalanan Tren Senandung Timuran JB Sentral - Tumpat - JB Sentral
Melihat kepada sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan baru ini, aku rasa ianya amat menggalakkan berdasarkan kepada baki tempat duduk yang masih boleh dibeli pada jam 10 malam ini (26 Disember 2011).
Sebagai panduan kepada kalian yang ingin menggunakan perkhidmatan MTT ini, berikut adalah jadual perjalanan bagi kedua - dua perjalanan.

Tren No. 18 JB Sentral - Tumpat
Tren No. 19 Tumpat - JB Sentral
Semoga kalian yang menggunakan perkhidmatan ini dapat merasakan kelainan sewaktu berada di dalam Koc Biru ini berbanding dengan koc lama Antarabandar KTMB...

1 comment:

  1. BERAPE HARGA TIKET PERKHIDMATAN KERETAPI NI?

    ReplyDelete