Friday 10 February 2012

Brighton..1 Newcastle United..0

Demi sebuah kelab bolasepak yang aku sokong sejak dahulu, aku sanggup bersengkang mata sehingga jam 4 pagi semata-mata mahu menyaksikan pasukan Brighton beraksi dalam Pusingan Keempat Piala FA England menentang Newcastle United.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi ASTRO ini telah menarik perhatian ramai peminat bolasepak di negara ini dengan rata-rata menyatakan pasukan Newcastle akan menang dengan mudah.

Tetapi Brighton bukan pasukan sembarangan lebih-lebih lagi tatkala bermain di gelanggang sendiri dengan sokongan dan sorakan daripada sejumlah 21,558 orang penonton.
Pengurus pasukan Gus Poyet hanya membuat satu perubahan dari kesebelasan utama yang menang ke atas Peterborough United pada perlawanan Sabtu lepas, dengan Adam El-Abd kembali dalam tersenarai.

Pemain kelahiran Brighton itu mengisi tempat sebagai pemain pertahanan kiri daripada Marcos Painter yang mengalami kecederaan pada awal permainan di London Road.

Nasib menyebelahi pasukan 'The Seagull' apabila bola sepakan Will Buckley terkena kepada pemain pertahanan Newcastle, Mike Williamson dan menerjah jaring melepasi kawalan penjaga gol, Tim Krul pada minit ke-67.

Jadi kita tunggu pula undian Pusingan Kelima untuk mengetahui dengan pasukan mana Brighton akan tentang dalam kempen Piala FA England musim ini.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 31 Januari 2012 menentang Crystal Palace di Selhurst Park dalam Liga Kejuaraan nPower 2011/12.


SENARAI PEMAIN
 

Albion: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Lewis Dunk, Adam El-Abd; Liam Bridcutt, Matthew Sparrow (Alan Navarro 46), Jake Forster-Caskey (Ryan Harley 65); Will Buckley, Craig Mackail-Smith (Will Hoskins 90+1), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Romain Vincelot, Torbjorn Agdestein, Grant Hall. 

Newcastle United: (4-4-2) Tim Krul; Danny Simpson, Mike Williamson, James Perch, Davide Santon (Shane Ferguson 83); Hatem Ben Arfa (Ryan Taylor 83), Yohan Cabaye, Danny Guthrie (Dan Gosling 83), Jonas Gutierrez; Leon Best, Shola Ameobi. Pemain simpanan yang lain: Rob Elliot (GK), Peter Lovenkrands, Gabriel Obertan, Tamas Kadar.

No comments:

Post a Comment