Saturday 11 February 2012

Crystal Palace..1 Brighton..1

Kejayaan Brighton mengikat Crystal Palace 1 – 1 di Selhurst Park dalam perlawanan Liga Kejuaraan malam tadi semakin menaikkan semangat anak-anak didik Gus Poyet. Masakan tidak, sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini, Brighton masih belum tewas.

Selaku pengurus pasukan, Poyet hanya membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang ke atas Newcastle United dalam saingan Piala FA hari Sabtu lepas, dengan Alan Navarro kembali dalam senarai. Navarro diturunkan untuk menguatkan barisan tengah Brighton bersama-sama Matt Sparrow dan Liam Bridcutt; Jake Forster-Caskey kembali memanaskan bangku simpanan.

Sam Vokes – yang dipinjam dari Wolverhampton Wanderers – juga disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Satu lagi perlawanan menarik telah dipersembahkan. Pemain kedua-dua pasukan seolah-olah tidak mengenal erti penat mengejar bola dalam usaha untuk mendapatkan gol. Kehadiran seramai 17,271 orang penonton dengan 2,693 daripadanya adalah penyokong setia Brighton, telah menghangatkan lagi petang itu.

Crystal Palace terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit yang ke-63. Chris Martin mudah meledak sepakan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Brighton, Peter Brezovan. Tidak lama kemudian, Brighton menyamakan kedudukan menjadi 1-1 juga menerusi sepakan penalti. Will Buckley telah dijatuhkan di dalam kawasan penalti dan Ashley Barnes mudah menyempurnakan sepakan penalti itu.

Ashley Barnes sedang menyempurnakan sepakan penalti
Dengan keputusan tersebut, Brighton kini menghuni tangga ke-11 Liga Kejuaraan dengan mengutip 42 mata daripada 28 perlawanan. Tiga tempat terbatas liga dihuni oleh West Ham United (53 mata), Southampton (51 mata) dan Cardiff City (50 mata).

Pertemuan seterusnya adalah pada hari Sabtu, 4 Februari 2012 menentang Leicester City di Stadium Amex.

SENARAI PEMAIN

Crystal Palace: (4-5-1) Julian Speroni; Nanthaniel Clyne, Anthony Gardner, Paul McShane, Jonathan Parr; Sean Scannell (Darren Ambrose 78), Chris Martin (Owen Garvan 90+1), Kagisho Dikgacoi, Mile Jedinak, Wilfried Zaha; Jermaine Easter (Glenn Murray 81). Pemain simpanan yang lain: Lewis Price (GK), John Egan.

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Lewis Dunk, Gordon Greer, Adam El-Abd; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Matthew Sparrow (Torbjorn Agdestein 70); Will Buckley, Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 70), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Romain Vincelot, Jake Forster-Caskey.

No comments:

Post a Comment