Friday 10 February 2012

Undian Pusingan Kelima Piala FA England

Brighton & Hove Albion telah diundi untuk bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool dalam perlawanan Pusingan Kelima Piala FA England. Perlawanan ini telah dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Februari 2012.

Jika kalian masih ingat, Brighton juga telah diundi untuk bertemu Liverpool dalam Pusingan Ketiga Piala Carling musim ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Amex pada 21 September 2011, berkesudahan dengan Liverpool menang 2 - 1.

Perlawanan ini juga telah mengingatkan aku akan pertemuan pasukan yang sama pada tahun 1983 (di Anfield), 1984 (di Goldstone Ground) dan tahun 1991, bila Brighton dibawah kendalian Barry Lloyd seri 2 - 2 di Anfield, sebelum tewas 2 - 3 selepas masa tambahan di Goldstone Ground dalam perlawanan ulangan.

Aku berharap agar pihak ASTRO dapat menyiarkan perlawanan ini secara langsung di Malaysia.

Undian Pusingan Kelima Piala FA England:

Chelsea lwn Birmingham City
Crawley Town lwn Stoke City
Everton lwn Blackpool
Liverpool lwn Brighton & Hove Albion
Millwall lwn Bolton Wanderers
Norwich City lwn Leicester City
Stevenage Borough lwn Tottenham Hotspur
Sunderland lwn Arsenal

No comments:

Post a Comment