Thursday 19 April 2012

Brighton..2 Watford..2


Brighton & Hove Albion secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada persaingan 'play-off' ke Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 2-2 ketika menentang Watford di Stadium Amex, malam tadi (Selasa, 17 April 2012). Dengan persaingan yang ditunjukkan oleh lain-lain kelab untuk merebut empat tempat ke 'play-off' semakin sengit, Brighton pula hanya mampu mengutip satu mata dalam empat perlawanan terakhir.

Gus Poyet membuat lima perubahan terhadap barisan yang tewas 0-6 di West ham United pada hari Sabtu lepas, termasuk memberi penampilan pertama buat penjaga gol David Gonzalez.

Penjaga gol dari Colombia yang dibeli pada bulan Januari lepas diberi peluang untuk beraksi buat kali pertama dan terus mengetepikan Peter Brezovan, yang langsung tidak tersenarai pada hari semalam.

Will Buckley kembali mengisi tempat di bahagian serangan menentang bekas kelab lamanya dan berpasangan dengan Kazenga LuaLua. Buckley mengambil tempat Gai Assulin manakala LuaLua mengambil tempat Vicente Rodriguez.

Lewis Dunk mengambil tempat Gordon Greer yang direhatkan di bahagian pertahanan sementara Craig Mackail-Smith tersenarai bersama Ashley Barnes; Alan Navarro pula terkeluar.

Watford mendahului Brighton 2-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan Sean Murray pada minit ke-6 dan jaringan penalti oleh Troy Deeney pada minit ke-44. Brighton bangkit pada separuh masa kedua dengan menjaringkan gol melalui ketua pasukan, Inigo Calderon di minit ke-55 dan gol penyamaan oleh Will Buckley pada minit ke-79.

Inilah mata pertama yang dapat dipungut setelah mengharungi tiga perlawanan terdahulu dengan mengalami kekalahan dan persembahan pada hari ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan persembahan sewaktu tewas 0-6 di West Ham United.

Sunggupun begitu, keputusan seri ini telah mengecewakan sejumlah 19,189 peminat bolasepak yang membanjiri Stadium Amex kerana rata-rata mereka yang hadir ingin menyaksikan Brighton mencatat kemenangan dan mengutip tiga mata penuh.

Keputusan seri ini meletakkan Brighton sekadar di tangga kesembilan liga dengan mengutip 64 mata daripada 44 perlawanan. Reading telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang. Satu lagi tempat akan ditentukan samada oleh Southampton ataupun West Ham United. Satu lagi tempat akan ditentukan menerusi 'play-off' samada Southampton atau West Ham United, Birmingham City, Blackpool City dan Cardiff City.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Birmingham City di Stadium Amex pada hari Sabtu, 21 April 2012 dan akan menamatkan saingan liga di Oakwell menentang Barnsley pada hari Sabtu, 28 April 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-4-2) David Gonzalez; Inigo Calderon, Adam El-Abd, Lewis Dunk, Marcos Painter (Romain Vincelot 46); Will Buckley, Liam Bridcutt, Gary Dicker, Kazenga LuaLua (Rodriguez Vicente 58); Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Gai Assulin, Craig Noone.

Watford: (4-4-2) Tomasz Kuszczak; Lloyd Doyley, Nyron Nosworthy, Martin Taylor, Carl Dickinson; Sean Murray, Prince Buaben (Britt Assombalonga 90), John Eustace, Jonathon Hogg; Chris Iwelumo (Joe Garner 84), Troy Deeney. Pemain simpanan yang lain: Scott Loach (GK), Dale Bennett, Matthew Whichelow.

No comments:

Post a Comment