Sunday 15 April 2012

West Ham United..6 Brighton..0


Harapan untuk menyaksikan Brighton berentap dalam 'play-off' nampak semakin pudar setelah tewas 0-6 kepada West Ham United di Upton Park, malam tadi (Sabtu, 14 April 2012).

'The Hammers' yang mendapati suntikan ekoran kekalahan Southampton kepada Reading pada malam Jumaat lepas, menjaringkan tiga gol semangat dalam sebelas minit pertama perlawanan, sebelum menambah tiga lagi gol pada separuh masa kedua - termasuk ‘hattrick’ oleh penyerang dari Portugal, Ricardo Vaz Te.

Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadapan barisan yang tewas 0-1 kepada Reading pada malam Selasa lalu, termasuk menyenaraikan Marcos Painter di posisi pertahanan kiri menggantikan Gonzalo Jara Reyes.

Sementara Liam Bridcutt kembali setelah selesai menjalani penggantungan dua perlawanan mengambil tempat Will Buckley, dan Gai Assulin mengambil tempat Craig Mackail-Smith, sebagai penyerang utama.

West Ham United mendapatkan gol pertama pada minit ke-3 menerusi Ricardo Vaz Te yang merembat deras dari jarak 25 ela melepasi penjaga gol Brighton, Peter Brezovan. Gol kedua menyusul pada minit ke-8 menerusi tandukan Vaz Te sebelum Kevin Nolan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-11 menerusi satu tandukan hantaran sepakan percuma oleh Matt Taylor.

Separuh masa kedua bermula dengan barisan Brighton mengatur percubaan demi percubaan tetapi penyudah yang kurang kemas menafikan gol buat 'The Seagull'. Sebaliknya Vaz Te melangkapkan jaringan hattricknya pada minit ke-63. Carlton Cole menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-67 sebelum gol sendiri oleh Gary Dicker pada minit ke-78 melengkapkan kemenangan bergaya 6-0 West Ham United di hadapan 32,339 orang penyokong setia mereka.

Kekalahan ini mengakibatkan kedudukan Brighton dalam nPower Liga Kejuaraan semakin jatuh ke tangga kelapan di belakang Reading, Southampton, West Ham United, Birmingham City, Blackpool City, Cardiff City dan Middlesbrough. Tidak jauh di belakang Brighton adalah Leicester City dan Hull City.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 17 April 2012 menentang Watford dan pada hari Sabtu, 21 April 2012 menentang Birmingham City. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Amex.

SENARAI PEMAIN

West Ham United: (4-5-1) Robert Green; Winston Reid, James Tomkins, Guy Demel (Danny Collins 68), Matthew Taylor; Ricardo Vaz Te (John Carew), Kevin Nolan, Mark Noble, Gary O'Neil (Jack Collison 55), Henri Lansbury; Carlton Cole. Pemain simpanan yang lain: Stephen Henderson (GK), Nicky Maynard.

Brighton: (4-5-1) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Adam El-Abd, Marcos Painter; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Gary Dicker, Rodriguez Vicente (Craig Noone 64), Gai Assulin (Kazenga LuaLua 53); Ashley Barnes (Craig Mackail-Smith 53). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Gonzalo Jara Reyes.

No comments:

Post a Comment