Tuesday 17 April 2012

Perkhidmatan Tren Di Sektor Selatan Pulih


Laluan keretapi antara Renggam ke Layang-Layang, Johor yang sebelum ini ditutup untuk kerja - kerja baik pulih telah dibuka semula mulai jam 6.00 petang hari ini (17 April 2012).

Keputusan bagi membuka semula laluan yang ditutup sejak 21 Mac 2012 tersebut dibuat selepas pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berpuas hati dengan kerja-kerja baik pulih yang telah dijalankan dan disahkan memenuhi piawaian yang diperlukan bagi landasan yang beroperasi.

Serentak dengan kelulusan yang diberi pihak SPAD, KTM Intercity akan kembali menggunakan laluan tersebut dengan perkhidmatan tren Ekspres Rakyat (Butterworth - Woodlands) menjadi yang pertama melalui landasan tersebut pada jam 9.35 malam tadi.

Walau bagaimanapun, KTM Intercity menjangkakan akan berlaku sedikit kelewatan memandangkan tren perlu diperlahankan di kawasan yang baharu siap dibaik pulih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862.

No comments:

Post a Comment