Thursday 22 September 2011

Brighton..1 Liverpool..2

Perjuangan pasukan Brighton dalam pertandingan Piala Carling berakhir di pusingan ketiga awal pagi tadi selepas tewas 1 - 2 kepada Liverpool. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Komuniti American Express itu telah disiarkan menerusi Sky TV di England dan ASTRO di Malaysia.

Liverpool menjaringkan gol menerusi Craig Bellamy pada minit ke 7 dan Dirk Kuyt pada minit ke 80. Gol tunggal Brighton adalah hasil jaringan penalti Ashley Barnes pada minit ke 90.

Pengurus pasukan brighton Gus Poyet membuat lima penukaran pemain dari kesebelasan yang tewas 1 - 0 di Leicester City pada hari Sabtu, termasuk memberi peluang kepada Steve Cook untuk membuat penampilan pertama dalam pasukan utama.

Pemain pertahanan kelahiran Brighton itu begitu menyerlah sewaktu dalam latihan dan mendapat peluang bermain, mengambil tempat Lewis Dunk yang hanya diletakkan di bangku simpanan.

Romain Vincelot disenaraikan di bahagian pertahanan kiri mengambil tempat Marcos Painter, yang digantung satu perlawanan selepas mendapat kad merah dalam perlawanan menentang Leicester City hari Sabtu lepas.

Will Buckley, Alan Navarro dan Matt Sparrow mengambil tempat Ashley Barnes, Ryan Harley dan Gary Dicker.

Pengurus Liverpool Kenny Dalglish membuat tujuh pertukaran pemain selepas tewas 4 - 0 di White Hart Lane pada hari Ahad lepas.

Sebastian Coates membuat penampilan pertama, sementara Maxi Rodriguez, Dirk Kuyt, Jay Spearing, Martin Kelly, Craig Bellamy dan Jack Robinson juga tersenarai dalam kesebelasan utama.

Ketua pasukan Liverpool Steven Gerrard dinamakan sebagai pemain simpanan, manakala Charlie Adam dan Martin Skrtel digantung perlawanan dan Daniel Agger akan diketepikan untuk selama sebulan akibat kecederaan.

Jose Enrique, Andy Carroll, Stewart Downing dan Jordan Henderson semuanya direhatkan.
Seramai 21,897 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang mendebarkan ini.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang hari Jumaat, 23 September 2011 menentang Leeds United juga di Stadium Komuniti American Express.

Albion: (4-5-1) Ankergren; Calderon, Greer, Cook, Vincelot; Buckley (Vicente 60), Bridcutt, Sparrow (LuaLua 78), Navarro (Barnes 78), Noone; Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Dunk, Taricco, Kasim.

No comments:

Post a Comment