Sunday, 18 September 2011

Stesen Keretapi Sungai Gadut



Stesen Keretapi Sungai Gadut yang baru terletak di KM 470.031. Tiada tarikh sebenar stesen baru ini mula dirasmikan, tetapi perkhidmatan KTM Komuter laluan perkhidmatan antra Seremban ke Sungai Gadut dibuka untuk operasi pada 24 Mei 2011. Secara amnya, perkhidmatan di laluan ini telah bermula sejak 14 Mei 2011.

Stesen ini mempunyai sebuah platform sepanjang 150 meter dengan sistem persemboyanan baru telah ditauliah pada 26 April 2011. Persemboyanan Seremban - Sungai Gadut adalah Persemboyanan Blok Litar Landasan Pengira Gandar (Axle Counter).

Blok diagram Stesen Sungai Gadut mengikut penglihatan aku
Stesen Sungai Gadut merupakan antara stesen yang mempunyai kelengkapan penuh iaitu parkir, tangga bergerak (eskelator), kafetaria, surau, jejantas termasuk perhentian bas serta teksi.

Bagi memantau keselamatan pengguna, kamera litar tertutup (CCTV) turut ditempatkan di stesen ini. Kemudahan - kemudahan yang disediakan turut mengambi kira keperluan orang kelainan upaya (OKU) sebagaimana KTMB Berhad ingin menjadi sebuah organisasi yang mesra sejagat.

Apa yang lebih unik tentang Stesen Sungai Gadut ini adalah ianya merupakan 'elevated station' iaitu stesen yang berada pada aras yang lebih tinggi daripada biasa dan ianya sememangnya lebih selamat dari sebarang insiden terutamanya banjir.

Jika kalian ingin pergi ke stesen ini, ianya terletak di tengah - tengah perjalanan dari Seremban menuju ke Pedas (atau seterusnya ke Rembau dan Tampin) menggunakan jalan persekutuan.

Bangunan stesen dari persimpangan jalan besar
Gambar ini pula dirakam sewaktu stesen dalam pembinaan
Stesen ini mempunyai banyak ruang untuk meletak kenderaan
Pintu masuk stesen
Kaunter tiket dan platform berada di tingkat atas
Kemudahan telefon awam juga disediakan
Tangga bergerak
Kaunter tiket dengan kakitangan yang peramah dan sedia membantu selain selalu tersenyum melayan pelbagai kerenah penumpang
Platform tempat menunggu ketibaan komuter
Penunjuk stesen
Sebuah komuter telah sedia untuk membawa penumpang terus ke Rawang
Laluan rel yang terdapat di stesen ini
Pandangan sisi jika anda menaiki tren antarabandar arah selatan yang melalui stesen ini.
Sungguhpun stesen ini aku kira besar dan mempunyai banyak kemudahan, tetapi masih kurang penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Banyak promosi yang telah dibuat tetapi para pengguna masih tidak mahu mencuba perkhidmatan komuter dengan pelbagai alasan.

Cuba - cubalah kalian yang tiap hari berulang alik dari kawasan persekitaran Stesen Sungai Gadut ke tempat kerja kalian di sekitar Seremban atau Kuala Lumpur menaiki kereta atau bas, gunalah perkhidmatan KTM Komuter. Kalian boleh jimat banyak benda termasuk duit minyak dan tol. Kalian tidak akan terjebak dengan kesesakan lalu lintas. Kalian juga boleh rehat sebentar dalam komuter sehingga tiba ke destinasi.

3 comments:

  1. parking free? komuter tepat masa?

    ReplyDelete
  2. yang menjadi masalah bagi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri. Perkhidmatan bas contohnya dari Pedas (ada ILP n Kolej Komuniti)tiada disediakan. Teksi pulak mahal. Mcmana Komuter nak ramai penumpangnya.

    ReplyDelete
  3. laluan dibina tempat yg kurang org nk guna. Harap satu hari nanti ada laluan komuter shuttle train dari stesen komuter seremban ke stesen keretapi bahau.

    ReplyDelete