Sunday 18 September 2011

Sifat Dengki

(sambungan)

4. Lapan perkara yang boleh berlaku disebabkan oleh sifat dengki:

i. Merosakkan ketaatan.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu dan rumput."

ii. Mendorong kepada berbuat derhaka kerana orang yang dengki itu tidak sepi dari mengumpat, berdusta, mencaci, mengadu domba dan sebagainya.
Dari Dhamrah bin Tsa'labah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Orang - orang itu sentiasa baik selama mereka itu tidak saling dengki - mendengki."

iii. Menghalang akan syafaat.
Dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Tidak termasuk golonganku si pendengki, pengadu domba, orang yang mempunyai ilmu kedukunan dan aku pun tidak dari golongannya."

iv. Mendapat seksa neraka.
Dari Ibnu Umar dan Anas bin Malik r.a., Rasullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Enam golongan / orang yang masuk neraka sebelum dihisab dengan sebab enam perbuatan:

a. Para penguasa yang berbuat aniaya.
b. Orang Arab dengan kefanatikannya.
c. Para penjajah dengan kesombongannya.
d. Para pedagang dengan perbuatan khianatnya.
e. Orang desa dengan kebodohannya.
f. Para ulama dengan sifat dengkinya."

v. Mendatangkan bahaya dan musibah kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Mintalah pertolongan atas terlaksananya beberapa hajat dengan tersembunyi kerana sesungguhnya tiap - tiap orang yang mempunyai nikmat itu didengki."

vi. Mendapat kesulitan dan kesusahan tanpa sebarang faedah bahkan mendatangkan dosa.
Berkata Ibnu Sammaaki, : Aku belum pernah melihat orang yang aniaya seperti orang yang dianiaya dari orang yang berbuat hasad, iaitu selaku sulit, fikiran bingung dan susah selalu."

vii. Hatinya buta dan tertutup hingga hampir tidak faham atau tidak tahu hukum - hukum Allah Taala.

viii. Terhalang dari kebaikan dan dipandang rendah sehingga hampir tidak pernah mencapai maksudnya bahkan membantu musuhnya.

(tamat)

No comments:

Post a Comment