Sunday 2 December 2012

Perjalanan Ke Gua Musang

Sudah menjadi kelaziman bila aku ingin meneruskan kajian tentang sistem pengangkutan di negara ini, aku terpaksa keluar meninggalkan keluarga.

Untuk sepanjang tiga hari, aku ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia  atau lebih tepat lagi menaiki keretapi dari Kuala Lipis ke Tumpat.

Pada hari pertama, cuma merangkumi perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang sahaja. 

Stesen Kuala Lipis
Perhentian Padang Tengku. Kini stesen ini telah ditutup dari operasi tren. Tiada lagi perselisihan tren di sini. Cuma tren tempatan (lokal) yang berhenti untuk mengambil atau menurunkan penumpang.
 
 Perhentian Kampung Telang
 
 Perhentian Bukit Betong
 Perhentian Kampung Berkam
 Perhentian Dura
 
Perhentian Aur Gading
 
 Stesen Chegar Perah. Oleh kerana Stesen Sungai Temau juga telah ditutup untuk operasi tren, hanya di stesen inilah sahaja tempat untuk tren berselisih.
 
 Perhentian Sungai Temau. Sama seperti Perhentian Padang Tengku, kini stesen ini telah ditutup dari operasi tren. Tiada lagi perselisihan tren di sini. Cuma tren tempatan (lokal) yang berhenti untuk mengambil atau menurunkan penumpang.
 Perhentian Kubang Rusa
 Perhentian Teluk Gunong
 
 Stesen Merapoh. Selain daripada Stesen Chegar Perah, tren juga boleh berselisih di stesen ini. Selain daripada itu, Stesen Merapoh turut mengendalikan tren kargo yang berisi dengan bahan untuk membuat seramik.
 
 Dari Merapoh, keretapi meneruskan perjalanan ke Stesen Gua Musang tanpa berhenti di Perhentian Mentara Baru. Mengapa? Entahlah, aku sendiri tak tahu....

Stesen Gua Musang
 
Aku tiba awal di Gua Musang dan terus menuju ke My Home Hotel untuk menginap sepanjang berada di sini.

No comments:

Post a Comment