Monday, 3 December 2012

Pernikahan Feitah

Sekembalinya aku dari Kota Bahru dengan bas, aku berehat sebentar sebelum bergerak bersama keluarga balik ke Baling, Kedah.

Kepulangan ini adalah untuk sama-sama menjayakan serta meraikan Majlis Perkahwinan Feitah, jiran depan rumah di Kampung Padang Cicar, Batu 7, Rambong, Baling.

Hujan lebat sebelum majlis pernikahan tidak menghalang kemeriahan di rumah pengantin walaupun sebenarnya majlis pernikahan berlangsung di masjid berhampiran.

Berdebar menanti untuk dinikahkan
 Sebahagian daripada rombonga pihak lelaki yang datang dari Segamat, Johor.
 Orang kuat kampung.
 Khutbah nikah dibacakan oleh Pak Teh, selaku imam kampung.
 Pak Ngah Bakar menikahkan sendiri puterinya yang sorang.
Ini videonya..
video

Selesai upacara pernikahan.
 Sesi menandatangani sijil nikah.
 Lega lah bapa pengantin perempuan.
 Beberap borang yang perlu ditandatangan oleh pengantin lelaki...
 bapa pengantin perempuan...
 saksi...
 
 dan akhir sekali, pengantin perempuan.
 Selesai majlis pernikahan, rombongan dibawa balik ke rumah pengantin perempuan untuk makan malam.
 Sibuk juga malam tu tetapi ramai yang datang membantu.
 Mak pengantin lelaki menyarungkan cincin.
 
Sekecik tu adalah produk tahun lepas.
 Bergambar di bilik pengantin.
 cium, jangan tak cium Tah.
 
 Mak pengantin perempuan.
 Sebahagian dari rombongan yang sedang menikmati makan malam.
 
 
Aku cuba cari kalau-kalau ada disimpan gambar sewaktu pengantin bersanding. Kalau ada, aku siarkan kemudian.

No comments:

Post a Comment