Sunday, 11 July 2010

Burgess Hill Town..0 Brighton..1

Brighton And Hove Albion memulakan siri perlawanan persahabatan bagi menghadapi musim 2010/11 dengan mencatat kemenangan 1 - 0 ke atas Burgess Hill Town.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Glenn Murray pada minit ke-6.

Pengurus pasukan, Gus Poyet (gambar) telah menurunkan pemain - pemain yang berbeza pada setiap separuh masa. Beliau berpuas hati dengan persembahan pemain percubaan Rodostin Kishishev. Walau bagaimanapun beliau menyatakan seorang lagi pemain percubaan iaitu Kevin Bobson sebagai pemain yang belum bersedia dari segi kecergasan.

Poyet juga menamakan Matt Sparrow sebagai ketua pasukan dalam perlawanan ini.

Perlawanan persahabatan seterusnya adalah menentang pasukan dari Liga Perdana Blue Square - Eastbourne Borough.

Senarai pemain:
Separuh Masa Pertama (4-4-2): Peter Brezovan (Mitch Walker), Steve Cook, Tommy Elphick, Grant Hall, Marcos Painter, Rodostin Kishishev, Kevin Bobson, Jamie Smith, Matt Sparrow, Glenn Murray dan Chris Holroyd.

Separuh Masa Kedua (4-4-2): Mitch Walker (Micheal Poke), Andy Whing, Lewis Dunk, Adam El-Abd, James Smith, Jake Caskey, Alan Navarro, Gary Dicker, Ryan Thomson, Gary Hart dan Ashley Barnes.

Pemain Simpanan Yang Lain: Connor Wilkins, George Barker dan Pele (???).

Dalam Senarai Kecederaan: Elliott Bennett, Jimmy Mc Nulty dan James Tunnicliffe.

Dalam Senarai Menunggu Kebenaran Dari FA England: Agustin Baltipiedi dan Christian Baz.

No comments:

Post a Comment