Tuesday, 13 July 2010

Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

(sambungan)

*Kecintaan yang keterlaluan terhadap hal-hal dunia. Keadaan ini menyebabkan timbul iri hati atau dengki sesama manusia dan menyebabkan permusuhan. Seseorang itu merasa tidak senang terhadap nikmat yang dirasai oleh orang lain. Bila orang lain mendapat nikmat, ia dianggap musuh dan atas dasar itu hatinya menjadi tidak tenang. Permusuhan ini tidak hanya berlaku di kalangan orang yang sama tarafnya tetapi ke atas orang yang jauh kedudukannya, seperti antara ketua dan anak buahnya, sehingga kadang-kadang orang bawahan berusaha untuk menjatuhkan orang atas.

*Sifat ta'azzuz (merasa lebih mulia). Ia berasa keberatan bila ada orang lain mengatasi dirinya. Ia akan berasa khuatir jika terdapat orang lain mendapat kuasa, pengetahuan, harta atau lebih mengatasi dirinya.

* Sifat takbur atau sombong dalam diri. Ia akan memandang rendah terhadap orang lain kerana ia menganggap orang lain akan sentiasa mematuhi dan mengikut perintahnya. Orang yang bersikap seperti ini akan berasa takut jika terdapat orang lain mendapat nikmat atau tidak mahu lagi menurut kehendaknya.

(bersambung..)

No comments:

Post a Comment