Saturday 17 July 2010

Whitehawak..3 Brighton..1

Brighton & Hove Albion menerima tamparan hebat apabila tewas 1 - 3 kepada pasukan liga bawahan, Whitehawk semalam.

Dengan menurunkan kesebelasan yang berbeza pada setiap separuh masa, pengurus pasukan Gus Poyet kini boleh melihat lebih kehadapan untuk menentukan barisan pemain yang lebih mantap.

Gordon Greer tampil di bahagian pertahanan Brighton, selepas menyelesaikan masalah perpindahan beliau dari kelab Swindon Town pagi semalam.

Gol tunggal Brighton adalah jaringan Gary Hart pada minit ke-30.

Senarai pemain:

Separuh masa pertama: (4-4-2) Walker; Cook, El-Abd, Greer, James Smith; Hart, Sparrow, Navarro, Jamie Smith; Barker, Murray.

Separuh masa kedua: (4-4-2) Poke; Whing, Elphick, Dunk, Painter; Bennett, Kishishev, Caskey, Dicker; Barnes, Holroyd.

No comments:

Post a Comment