Sunday, 11 July 2010

Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

(sambungan)

Pada asasnya rasa dengki tidak timbul kecuali kerana cinta yang keterlaluan terhadap keuntungan keduniaan. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan orang - orang yang terdekat, saling mengenali, jiran tetangga, rakan dan lain - lain. Selain daripada itu rasa dengki juga timbul disebabkan berebut sesuatu benda yang sama. Perlu dijelaskan sifat dengki atau iri hati tidak akan berlaku kepada orang yang saling tidak mengenali atau orang yang tidak mempunyai apa - apa ikatan atau kepentingan.

Bagi orang - orang yang cintakah akhirat, Allah dan RasulNya, ia tidak memikirkan dalam hati dan tiada perasaan dengki ini. Bahkan mereka saling mencintai orang - orang yang ada di sekeliling mereka. Ia tahu orang - orang di sekelilingnya mempunyai kelebihan - kelebihan tertentu dalam diri masing - masing.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perasaan dengki ini menguasai diri seseorang sehingga sukar untuk dikawal, antaranya ialah:

* Kecintaan yang keterlaluan terdapat hal-hal dunia.
* Sifat ta'azzuz (merasa lebih mulia).
* Sifat takbur atau sombong dalam diri.
* Merasai takjub atau hairan terhadap dirinya sendiri.
* Takut menghadapi saingan.
* Bercita - cita besar untuk memimpin.
* Lokek atau sifat kedekut dalam melakukan kerja - kerja kebaikan terhadap sesama hamba Allah.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment