Thursday, 15 July 2010

Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

(sambungan)

* Merasai takjub atau hairan terhadap dirinya. Sikap ujub atau bangga diri hampir menyamai sikap takbur dan sombong. Banyak contoh dalam Al-Quran yang menjelaskan tentang sikap ujub ini, khususnya kisah nabi-nabi terdahulu yang menyebut tentang kemurkaan Allah terhadap golongan yang menolak ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi mereka.

Mereka merasa ujub terhadap diri mereka kerana mereka merasakan diri mereka lebih mulia dan lebih layak untuk dilantik menjadi Nabi atau Rasul. Hal ini telah difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 42 yang bermaksud,

"Sehingga mereka berkata dengan (angkuhnya) patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita (Nabi Musa dan Nabi Harun) sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?"

Ternyata orang-orang kafir kaum nabi-nabi yang terdahulu menghairani diri mereka bahawa manusia yang serupa dengan diri mereka mendapat pengiktirafan Rasul dan dengan sebab itu mereka enggan menerima apa yang dibawa oleh nabi-nabi mereka.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment