Saturday, 17 July 2010

Pemandu Lokomotif Dan Pekerja Yang Berkaitan

PEMANDU LOKOMOTIF DAN PEKERJA YANG BERKAITAN

Pemandu lokomotif dan pekerja yang berkaitan memandu atau membantu memandu lokomotif untuk mengangkut penumpang dan barang, bertanggungjawab dan menjaga landasan keretapi pengangkut barang semasa berada di landasan, mengawal pergerakan trafik landasan keretapi dengan mengendalikan isyarat, menukar gerabak dan menjaga keretapi di yard keretapi, menjaga keretapi untuk kerja menarik di lombong dan mengawal pergerakannya.

1. PEMANDU LOKOMOTIF - Pemandu lokomotif memandu atau membantu memandu lokomotif untuk mengangkut penumpang dan barang.


Tugas merangkumi:

- memandu atau membantu memandu lokomotif stim, elektrik, atau disel-elektrik;

- memandu keretapi penumpang bawah tanah atau landasan tinggi;

- memandu lokomotif untuk menarik gerabak bawah tanah atau di atas permukaan lombong atau kuari;

- memerhatikan bahaya landasan, memerhatikan isyarat, dan tolok penunjuk;

- mengendalikan sistem komunikasi untuk memberitahu pekerja keretapi dan pengawal trafik bagi memastikan operasi dan penjadualan keretapi yang selamat.

2. OPERATOR BREK, ISYARAT, DAN SUIS LANDASAN KERETAPI - Penjaga brek landasan keretapi, jurusemboyan, dan pemirau bertanggungjawab dan menjaga keretapi barang semasa berada di landasan, mengawal pergerakan trafik landasan keretapi dengan mengendalikan isyarat, menukar gerabak, dan menyediakan keretapi di yard keretapi, menyediakan keretapi untuk kerja mengangkut di lombong dan mengawal pergerakannya.

Tugas merangkumi:
- bertanggungjawab dan menjaga keretapi barang semasa berada di landasan;

- mengawal pergerakan trafik landasan keretapi yang berada di landasan dengan mengendalikan isyarat dan mengawal suis dari panel kawalan atau kotak isyarat;

- menukar dan memasang gerabak di yard keretapi dan di landasan sisi mengikut arahan untuk memuatkan beban, memunggah beban, dan menyediakan keretapi;

- menyediakan keretapi untuk kerja mengangkut dengan lokomotif atau kabel dan mengawal pergerakannya di sepanjang laluan pengangkutan di lombong atau kuari;

- memeriksa sistem dan kelengkapan keretapi seperti sistem penghawa dingin dan pemanas, brek, dan hos brek sebelum keretapi beroperasi di landasan.

No comments:

Post a Comment