(sambungan)
* Lokek atau sifat kedekut dalam melakukan kerja-kerja kebaikan terhadap sesama hamba Allah. Orang yang mempunyai sifat dengki akan merasa gembira jika seseorang tidak berjaya dalam sesuatu perkara dan ia akan merasa sedih jika seseorang berjaya dalam usahanya atau beroleh sesuatu kejayaan dengan apa yang dilakukan. Orang seperti ini bersifat lebih senang apabila orang lain terkebelakang dari dirinya dan susah hati jika orang lain lebih maju dari dirinya.
Perlu disedari oleh setiap individu muslim bahawa sifat hasad, dengki atau iri hati merupakan penyakit hati yang amat berbahaya. Oleh yang demikian sifat ini perlu disingkirkan jauh dari hati individu muslim. Bagi mengatasinya, ubat yang paling berkesan ialah dengan cara pendekatan ilmu dan iman.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment